Jumaat, 14 Februari 2014

Guru


Guru engkau hadir dalam hidup ku
Sewaktu aku darjah satu
Salam perkenalan kau hulurkan padaku
Menandakan engkau akan mengajar ku...
Dan akan duduk dibangku itu

Bila di sekolah kau bapa dan kau ibu
Mengajar ku tanpa rasa jemu
Walaupun kenakalan ku
Mengundang kemarahan mu...
Tapi itulah tugas mulia mu...

Kau diberi mandat merotan ku....
Memulaskan telinga ku..
Waktu itu aku jadi jemu
Hari-hari mengalas beg itu bukan niat ku...
Tapi hadir ku ke sekolah hanya kerana wang saku...

Kini sekolah telah lama aku tinggalkan...
Baru kini terasa sedikit penyesalan
Kerana ego aku ingkar arahan mu..
Baru aku sedari engkau guru ku...
Menyuluh hidup gelap ku....

Jasa mu akan ku kenang...
Gelak tawa mu takkan hilang....
Untuk mu guru 
Digelar cikgu.......

Hasil Nukilan: Tam Adlie

Sahabat Yang Aku Rindui

Sukarnya nak aku mengerti
Disaat aku sendiri
Dihati sarat merindui
Merindui sahabat yang sentiasa disisi

Dikala keriuhan...
Kini kesunyian ku rasakan
Namun dengan adanya kau sahabat
Aku tak sendiri lagi...

Sahabat yang ku rindui
Dikau sentiasa dihati
Tak pernah ku lupa janji
Mungkin nanti kita bersama lagi...

Setiap yang bermula pasti berakhir
Namun bagi ku sukar....

Hasil Nukilan: Tam Adlie Basri

Khamis, 18 April 2013

Lena Yang Panjang


Penyedaran dari lena yang panjang
Tiba-tiba hilang
Bila aku sedar disisi gelap
Ruang disisi aku terasa kedap
Keadaan ku sendat
Kulit ku umpama dikerat
Jiwa yang sekerat….

Bersuara…
Tiada yang mendengari jerit yang panjang
Perbaringan aku…
Sempit ruang bernafas kosong…
Jerit ku tak bersuara….
Pekik ku seorang diri
Melolong kanan dan kiri
Melompong dikala berdiri…

Dalam kesedaran ku lihat dua bayangan
Dua pemerhati umpama juri
Satu menulis satu lagi ku lihat umpama memegang cemeti..
Berpeluh didahi…berkerut dimuka…
Kelam kabut…aku serabut..kaku…kalut…
Jawapan salah merah badan berurat belirat…

Kini aku terjaga dari pembaringan yang panjang…
Nyata hanya mimpi ngeri
Takut aku nak bermimpi lagi…
Moga ditenangkan hati ini
Moga dipanjangkan umur ini…
Pada mu Ilahi….
Daku berserah diri….

Hasil Nukilan:Tam Adlie



Hari ni punya CITER

                                                         Assalamualaikum....



Selamat pagi tarikh 18/4/2013 aku kembali menulis dalam blog aku ini. Rasa macam nak buat ayat ringkas tapi rasa macam janggal laa pulak. Kalau korang rasa bosan jadi jangan baca sebab aku menulis atas sebab yang aku rasa dalam hati aku. Hari ni macam biasa kerja kerja dan kerja. Nampak macam ayat budak-budak kan tapi itulah aku. Sebagai penulis amatur aku perlu belajar semua tu.

 Moral dalam tulisan aku pagi ini jangan jadi macam dalam gambar ni.Mata pun dan kecik besar je....okaylah aku pun nak mulakan kerja ni.  Nanti jumpa lagiiiii....SEKIAN
     

Satu(Kami Hamba Mu)


Dikala sepi
Ku bersendiri
Berdiri aku
Dari sudut itu
Merasai indahnya ciptaan mu

Walaupun aku
Tak melihat mu
Namun aku
Merasai kau
Ada dalam hati ku

Hanya mampu
Tadah dan berdoa
Moga doa
 ku diterima....

Jiwa ku milik mu
Hati ku milk mu
Kosong jiwa ku
Kerana sering melupakan mu
Kerana sering mengabaikan mu

Hanya kau yang satu
Tuhan ku yang satu
Aku hamba mu
Kami hamba mu

Hasil Nukilan:Tam Adlie

Rabu, 17 April 2013

Gila ker Tak Gilerrrrr.....

SALAM NAMPAK-NAMPAK...

Macam mana ok tak gambar....hahahhahahahahahhaha....giler besar sikitttt....member aku edit nie....aku layan jer....nie diaaa tagline aku..

Rabu, 27 Mac 2013

Aku

Aku bukan kutu
Aku bukan seperti kamu
Aku...akulah itu
Kita bukan jiwa perosak
Cuma hati muda
Kadangkala bergolak..
Kadangkala mengelegak....

Rokok balut sudah habis
Kenapa kau tersenyum sinis
kau tahu hanya
Mengejek aku mengeji aku...
Tak mengapa..
                                                           Sabar aku ada hikmahnya...

Panas hati aku
Melihat kau jadi begitu
Rosak kau mengikut nafsu
Bangunkan kembali bangsa kita
Jangan asyik berfantasi saja
Berangan-angan entak kemana...
Entah kemana...kemana entah...