Khamis, 18 April 2013

Lena Yang Panjang


Penyedaran dari lena yang panjang
Tiba-tiba hilang
Bila aku sedar disisi gelap
Ruang disisi aku terasa kedap
Keadaan ku sendat
Kulit ku umpama dikerat
Jiwa yang sekerat….

Bersuara…
Tiada yang mendengari jerit yang panjang
Perbaringan aku…
Sempit ruang bernafas kosong…
Jerit ku tak bersuara….
Pekik ku seorang diri
Melolong kanan dan kiri
Melompong dikala berdiri…

Dalam kesedaran ku lihat dua bayangan
Dua pemerhati umpama juri
Satu menulis satu lagi ku lihat umpama memegang cemeti..
Berpeluh didahi…berkerut dimuka…
Kelam kabut…aku serabut..kaku…kalut…
Jawapan salah merah badan berurat belirat…

Kini aku terjaga dari pembaringan yang panjang…
Nyata hanya mimpi ngeri
Takut aku nak bermimpi lagi…
Moga ditenangkan hati ini
Moga dipanjangkan umur ini…
Pada mu Ilahi….
Daku berserah diri….

Hasil Nukilan:Tam Adlie



Tiada ulasan:

Catat Ulasan